MASYARAKAT India percaya, amalan makan daun sirih, buah pinang dan kapur dalam tempoh berpantang dapat menambah zat kalsium.
Dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengisar, membancuh air asam jawa, berjalan di atas lantai simen baru, merendamkan tangan dalam air soda atau pencuci kain. Ini kerana aktiviti seumpama ini boleh menyebabkan mereka demam atau janni yang mungkin membahayakan nyawa si ibu.
Menurutnya, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh 30 hari yang pertama sanak-saudara atau jiran tetangga tidak digalakkan berkunjung ke rumah bayi yang baru dilahirkan.
."Proses memandikan bayi boleh dikatakan satu upacara yang istimewa dalam masyarakat India. Lantaran bayi yang baru lahir akan menjalani 'mandi minyak' yang disertakan beberapa bahan herba, antaranya sikai, kunyit kasturi, serbuk kacang hijau, minyak bijan dan semambu.Ketika memandikan mengurut seluruh badannya dari rambut sehingga hujung kaki. Bayi juga akan diterbalikkan dan dihayunkan.
Pantang Larang Kaum India
Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah
- tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi
melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial.
Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.
Pantang larang merisik
- bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika
rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut
serta. Kerana dianggap tidak sopan.
Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk.
- Bising, menganggu
Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.
-takut-takut termakan benda lain atau bersepah.
Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh.
No comments