Words of Wisdom:

"Believe in yourself." - The_x_files120002002

Faktor-Faktor Lain Yang Mendorong Ke Arah Keruntuhan Akhlak Dan Kemerosotan Disiplin Pelajar

  • Date Submitted: 07/17/2010 11:49 PM
  • Flesch-Kincaid Score: -25.7 
  • Words: 1420
  • Essay Grade: no grades
  • Report this Essay
FAKTOR-FAKTOR LAIN YANG MENDORONG KE ARAH KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR
Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan masyarakat setempat. Banyak masalah murid dan masalah masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal peribadi murid dan hal pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh sekolah. Pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan daripada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-amaran keras yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh kawasan sekolah. Hubungan yang terlampau formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi sosial yang rigid. Ini menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara pihak sekolah, murid, ibu bapa, dan masyarakat setempat dengan sekolah tidak dapat diselesaikan dengan berkesan. Dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.
Faktor Sosial
Faktor Ibu bapa
Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa untuk bersama-sama anak-anak. Mereka lupa bahawa anak-anak juga memerlukan perhatian untuk mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari situ anak-anak akan terasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan...

Comments

Express your owns thoughts and ideas on this essay by writing a grade and/or critique.

  1. No comments