Words of Wisdom:

"what goes around comes around" - NBIGFAMILY

Titas

  • Date Submitted: 04/12/2011 08:40 PM
  • Flesch-Kincaid Score: -23 
  • Words: 2374
  • Essay Grade: no grades
  • Report this Essay
Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara

Islam Hadhari

Islam Hadhari bukanlah agama baru, bukan ajaran baru, juga bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.
Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Kesannya, dapat memantapkan secara keseluruhan cara hidup sama ada dari aspek jasmani dan rohani.

Dengan in dapat mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia untuk menangani cabaran semasa dunia global.

Antara Prinsip-prinsip Islam Hadhari adalah seperti Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi, Kerajaan adil dan beramanah, Rakyat berjiwa merdeka, Penguasaan ilmu pengetahuan, Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif,   Kehidupan berkualiti, Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, Keutuhan budaya dan moral, Pemeliharaan alam semula jadi dan Kekuatan pertahanan.

Prinsip-prinsip ini merupakan acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. 
  |
|
|
Prisinp islam hadhari utama adalah Keimanan dan Ketaqwaan kepada Ilahi. Islam bukan satu ritual semata-mata kerana ritualisme hanya menumpukan akhirat semata-mata, sedangkan asas kejadian...

Comments

Express your owns thoughts and ideas on this essay by writing a grade and/or critique.

  1. No comments